Info Kelab


Dahulunya dikenali sebagai Kelab Basikal Bukit Rejimen Ke-3 Kor Armor Diraja dan telah sedia wujud sejak tahun 2008 semasa pemerintahan Pegawai memerintah yang ke 19 iaitu Lt Kol Azlan Iskandar bin Dato' Abd Ghani.

Selaras dengan perkembangan semasa, kelab ini telah melalui proses penjenamaan semula (rebranding) oleh  Lt Kol Muhammad Aizad bin Che Ahmad, Pegawai Memerintah yang ke- 21 bagi merealisasikan penubuhan kelab ini secara rasmi dengan perlembagaan kelab yang lebih teratur, kompetitif, responsif sertai mempunyai elemen advantage of synergy. Kini kelab ini dikenali sebagai Armour Mountain Bike Club (AMBC).

Penubuhan kelab ini telah dilancarkan secara rasminya di dalam satu majlis bersempena dengan sambutan Hari Keluarga 3 KAD pada tanggal 8 September 2012 bertempat di The Carnival, Sungai Petani, Kedah. Acara tersebut telah disempurnakan oleh Kol Mohd Nazri bin Abd Rahman, Ketua Staf Markas 2 Divisyen mewakili Yang Berbahagia Panglima 2 Divisyen.


No comments:

Post a Comment