Saturday 30 March 2013

UPDATES tentang trek!

Pertamanya terima kasih kepada kumpulan (25 AMBC dan 14 Guest) yang mencoba trek pagi tadi @ 30/03/13, walaupun bermula lewat sikit pukul 0815 (ikut plan 0745). Berdasarkan kepada perbincangan dengan pengurusan kelab, diputuskan bahawa jarak trek didiskaunkan kepada 32 km saja kerana kami ingin membuka penyertaan kepada semua golongan pengayuh (tua dan muda) asalkan mengayuh MTB.

Trek akan melalui 2 fasa iaitu:
Fasa 1 - Laluan luar perimeter kem (lebih kurang 12 km); dan 
Fasa 2 - Laluan dalam kem (lebih kurang 20 km).

Gambar trek boleh dilihat di sini

Gambar kayuhan 300313 pula boleh klik sini


UPDATE Senarai Nama!

Maaf kerana lambat update, ada masalah sikit upload ke blogspot. Saya dah kemaskini berakhir 30/03/13 di google drive.

Klik xx

atau teruskan ke sini xxxxx

Jangan lupa LIKE kami di http://www.facebook.com/armourmtbclub



Wednesday 27 March 2013

PENAJAAN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak GIANT Bicycles Malaysia telah bersetuju untuk berkolaborasi dengan pihak penganjur dan menaja beberapa hadiah untuk CABUTAN BERTUAH Mini Jamboree MTB: Adrenaline Rush nanti! 

Apa hadiahnya? Akan admin kemaskinikan sedikit masa lagi. 


Tuesday 26 March 2013

Senarai Peserta Terkini

Senarai peserta terkini telah dikemaskinikan berakhir 26 Mac 2013 jam 2200.

Sila buat semakan di xxx


Sunday 24 March 2013

Finisher's Medal

Updated gambar Finisher's Medal

Sebanyak 250 Finisher's Medal akan diberikan kepada 250 orang peserta pertama menamatkan kayuhan (perlu melalui semua check point).

Lihat Gambar di http://combatride.blogspot.com/p/hadiah.html

Saturday 23 March 2013

Trek laluan

Sebahagian daripada trek di dalam kem telah dimuat naik dan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa..

Peta laluan sebenar akan dimuat naik minggu hadapan selepas disahkan..

Klik Sini http://combatride.blogspot.com/p/trek-laluan.html

The Goodies Bag

Sneak Peak Goodies Bag untuk jamboree...



Monday 18 March 2013

Mahu Mendapatkan dan Menghantar Borang?

Kami memberi kebebasan kepada anda memilih kaedah yang paling sesuai dengan situasi anda.

1.  Datang ke Sekretariat @ Kem Lapangan Terbang.
2.  Dapatkan secara online di www.combatride.blogspot.com.
3.  Mohon melalui email tadbirambc@gmail.com
4.  Dapatkan dari wakil kami:

    a.  RNK Berjaya Ent, Tmn Serai Wangi, Pdg Serai, Kedah
    b.  Jason @ Option Cyclist, Tmn Perpaduan Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    c.  Ah Terk @ CT Cycle, Tmn Makmur, Sg Petani, Kedah

Update Senarai Peserta

Salam,

Senarai peserta berakhir 18 Mac 13 jam 1500 telah dipaparkan.
Mohon buat semakan details yang diberi, atau nak update booking kepada payment.

http://combatride.blogspot.com/p/senarai-peserta.html

Saturday 16 March 2013

Kayuhan Komuniti 2013

Jumpa esok pagi di event
Kayuhan Komuniti 2013
 di Kolej Komuniti BM



Friday 15 March 2013

Merbok Heritage Trail 2013

Salam,

Kepada yang nak lebih informasi tentang event kami, 
jumpa kami LIVE esok di Merbok Heritage Trail 2013 
di MRSM Merbok!

*PS: Kami yang ramai-ramai pakai baju merah tu...


Thursday 14 March 2013

AMBC support your warriors!

Mini Jamboree MTB: Adrenaline Rush  akan menyumbangkan sedikit dana kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima. 

Penyerahan sumbangan akan dilaksanakan pada 6 Apr 13 
kepada wakil Media Prima setelah tamat kayuhan. 

Support Your Warriors!



Wednesday 13 March 2013

Borang dah up!

Salam sejahtera. Borang telah berjaya di upload.

Bagaimana untuk MENDAFTAR!? Langkahnya mudah sahaja..
     1.   Klik SINI untuk mendownload borang.
     2.   Pilih jenis borang (Individu / Berkumpulan).
     3.   Klik pilihan anda untuk download.
     4.   Isi borang tersebut.
     5.   Hantar semula borang melalui email berserta bukti pembayaran.

Mudah bukan?

Dah mai dah...

Event launched!

http://www.facebook.com/events/232257276918594/


Are you ready for it!? 
Register TODAY!

Monday 11 March 2013

Awal Mula..


Alhamdulillah, salam satu Malaysia dan salam satu angkatan.

Laman ini dilancarkan bagi tujuan mempromosikan satu aktiviti kayuhan yang bakal dianjurkan oleh Armour Mountain Bike Club (AMBC) yang berpengkalan di Rejimen Ke-3 Kor Armor Diraja, Kem Lapangan Terbang, Sg Petani, Kedah.

Konsep kayuhan adalah Mini Jamboree Cross Country dan charity. Di samping bersukan dan beriadah, para peserta akan turut menyumbang kepada Tabung Wira Lahad Datu melalui kempen "Support Your Warriors".

Maklumat awal aktiviti adalah seperti berikut:

  • Tarikh. 6 Apr 2013.
  • Tempat. Kem Lapangan Terbang, Sg Petani, Kedah.
  • Laluan. Melalui jalan berturap dan trek offroad sekitar kem sejauh 40 km.
  • Yuran. RM 50.00 (termasuk sumbangan kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima).
  • Goodies. Finisher's Medal (250 peserta terawal tamat), Event T-Shirt (500 pendaftaran terawal), sijil, No. Plat, sajian makan tengahari dan cabutan bertuah.
Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih.